Pelan Etiqa Harmoni
SIMPANAN BERSERTA PERLINDUNGAN
PELAN HARMONI
Pelan Simpanan Yang Memenuhi Aspirasi Anda
Impian Masa Hadapan Lebih Cerah
Setiap individu mempunyai impian kereta mewah, rumah besar mahupun kehidupan yang selesa selepas bersara.
Sebagai individu yang bijak anda tahu kepentingan menyimpan untuk masa hadapan yang lebih baik.
Namun ada kalanya sesuatu yang tidak diduga berlaku dan simpanan anda perlu digunakan semasa kecemasan.
Mengikut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam; dianggarkan 1,035 orang meninggal dunia akibat kemalangan setiap tahun dan ramai yang tiada simpanan untuk kegunaan waris ataupun ahli keluarga. Berusahalah untuk masa hadapan yang lebih cerah kerana hidup ini penuh dengan ketidakpastian.
Dengan Harmoni, anda boleh menarik nafas lega memandangkan kewangan mereka yang anda sayangi terjamin.
Pengenalan Pelan
Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 14 hari hingga 60 tahun sahaja.
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.
Pelan ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perlindungan takaful dan dalam masa yang sama mereka juga memerlukan simpanan untuk masa hadapan.
Pengeluaran Dana Pelaburan Peserta ( DPP ) Peserta dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Simpanan pada bila bila masa dan tidak dikenakan sebarang kadar faedah ( tertakluk kepada terma dan syarat ) Untuk maklumat lanjut,
sila hubungi Advisor anda di SINI..
* Permohonan hendaklah dibuat oleh peserta dengan mengisi Borang Pengeluaran. Borang ini boleh didapati disemua Pejabat Cawangan yang berhampiaran dengan anda atau dari perunding kami yang berdekatan dengan anda
Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:
Manfaat kematian
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Pulangan tunai ketika sijil matang
Manfaat kematian
Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.
Pembayaran Manfaat kematian
Manfaat kematian biasa dan kematian akibat kemalangan
Jumlah perlindungan + Dana Pelaburan Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh akibat penyakit dan kemalangan( sebelum usia 65 tahun )
Manfaat ini akan dibayar sekaligus jika manfaat perlindungan bersamaan atau kurang dari satu juta
( Rm 1,000,000 ) kepada peserta .
Tambahkan Nilai Pelan Anda
Sekiranya anda ingin menambah nilai Harmoni dengan lebih perlindungan dan kelonggaran,
hanya pilih antara Rider berikut :-
1. Rider Manfaat Kematian dan kecacatan Akibat Kemalangan.
2. Rider Penyakit Kritikal
3. Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal.
4. Rider Pendecualian Sumbangan untuk Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.
5. Rider Manfaat Tunai Hospital.
6. Rider Medic Save.
7. Rider Indemniti Kemalangan.
8. Rider Manfaat Pendapatan Keluarga.
9. Rider Bertempoh.
10. Rider Tambah Nilai Tetap.
Kaedah Sumbangan adalah seperti berikut :
* Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan atau Tahunan.
Pembahagian Yuran prestasi dan insentif.
* Yuran Prestasi daripada lebihan di dalam Dana Risiko Peserta.
Peserta : 50%
eTiQa Takaful : 50%
* Yuran Insentif daripada keuntungan Pelaburan di dalam Dana Pelaburan Peserta.
Peserta : 85%
eTiQa Takaful : 15%
Siapa yang boleh menyertai:
a) Umur dari usia 14 hari hingga 60 tahun.
Free Baccarat - The Best Casinos to Play Online in 2020
ReplyDeleteHow to Play the Best Baccarat · Learn the basics of poker 카지노사이트 · Find out which type of card game is best for you · Play the 바카라사이트 game online for 메리트카지노총판 free.
How to withdraw your winnings from a casino - KTM Hub
ReplyDeleteA lucky streak on slots wins! But there's 용인 출장마사지 something going 서울특별 출장안마 on at KTM, including 광양 출장안마 a new feature, as it 김천 출장안마 doubles 계룡 출장마사지 the payout.